Wednesday, 18 March 2015

PERISTIWA 13 MEI 1969


POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

AHLI KUMPULAN:
SHAHRUL FIRDAUS BIN RAZAK(12DEE14F2999)
MOHD HANAN BIN OMAR(12DEE14F2013)

TAJUK:
13 MEI 1969

PROGRAM:
DEE(ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK)

JABATAN:
JABATAN PENGAJIAN AM

NAMA PENSYARAH:
PUAN ENDON BINTI CHE MAT

SESI:
DISEMBER 2014





PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia rahmat kurnia-Nya kami dapat “PERISTIWA 13 MEI 1969”.Walaupun sudah lama sejarah hitam itu berlaku yang banyak meragut nyawa..Namun kesan,pengajaran dan faktornya dapat kita ketahui. Hari ini kita melihat masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai dari Utara Tanah Air hinggalah ke Selatan Tanah Air, dari Pantai Barat Malaysia mengunjur ke Timur Malaysia. Walau bagaimanapun kita mempunyai sejarah berdarah yang melibatkan 2 kaum uatama di Malaysia iaitu 13 Mei. 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pergaduhan antara 2 kaum utama Negara iaitu kaum Melayu sebagai kaum yang telah bertuan di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya dan kaum Cina, kaum yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman kolonial British atas faktor buruh dan juga faktor perdagangan.E-folio yang diberi oleh pensyarah kami PUAN ENDON BINTI CHE MAT,kepada kami dapat kami siapkan dengan baik. Melalui kekemasan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-setinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan kami CHE ENDON kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga siapnya e-folio pengajian Malaysia ini.
Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada rakan ahli kumpulan yang banyak membantu menyumbangkan idea yang bernas. Dan tidak lokek dalam menghabiskan masa dalam menyiapkan e-folio ini tanpa mengira waktu dan tempat.
E-folio ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulang kaji pelajaran bagi saya dan saya berharap pencapaian saya dalam mata pelajaran ini akan bertambah baik dan semoga kerja kursus untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan pengajian Malaysia mahasiswa-mahasiswi.
Akhir kata, sekali lagi ingin saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang melibatkan diri dalam menyiapkan e-folio ini .Kami juga ingin memohon maaf atas kesilapan-kesilapan yang telah kami lakukan semasa menyiapkan e-folio ini
Sekian terima kasih.





PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.




FAKTOR-FAKTOR 13 MEI 1969

1.  Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris.
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang

3.  Latar belakang pendidikan yang berbeza.
 Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4.  Pertelingkahan Parti Politik.
 Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

5.  Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6.  Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
 Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.






KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong  di bawah Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Apabila berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana ,  Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan pada 17 Mei 1969 dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat. Antara tugas-tugas utama MAGERAN adalah mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai  ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Berikutan jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.




PENGAJARAN DARI PERISTIWA 13 MEI 1969

1) Jangan keterlaluan dan terlalu emosi
~tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideology masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah.otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat dari pada perbuatan kita.berfikirlah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah,sebelum kita bertindak.sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri ,malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga

2) Terima kekangan atau kemenangan dengan bersederhana
~semua pihak seharusnya menerima kemenangan@kekalahan dengan cara yang bersederhana.tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini.oleh itu,tak kira sama ada kita kalah@menang,konsep kesederhanaan perlulah dititik beratkan.jika difikir dengan otak yang waras,tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijak

3) Betapa pentingnya kesatuan
~satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu.napak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja.kesatuan dikemudian kan.mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu,dengan hanya menggunakan lidi,ingat jangan sampai tanah tergadai,baru nak bersilat berpencak

4) kepelbagaian budaya dan nilai hasil daripada kewujudan masyarakat  berbilang kaum
-di Negara ini telah menjadikan Negara ini unik.keunikan ini perlu diperlihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada Negara luar.




RUMUSAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji. Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai. Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan. Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.







PAUTAN


 Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.




 Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.


/








Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.




RUJUKAN.

INTERNET.


BUKU.
1) SEJARAH MALAYSIA 1400-1969 (HAIRUL ANUAR BIN HAJIMAK DIN)
2) SEJARAH KENEGARAAN DAN POLITIK(ABDUL RAHMAN HAJI ISMAIL)
3 )13 Mei SEBELUM DAN SELEPAS(ABDUL RAHMAN)