POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
AHLI
KUMPULAN:
SHAHRUL
FIRDAUS BIN RAZAK(12DEE14F2999)
MOHD
HANAN BIN OMAR(12DEE14F2013)
TAJUK:
13
MEI 1969
PROGRAM:
DEE(ELEKTRIK
DAN ELEKTRONIK)
JABATAN:
JABATAN
PENGAJIAN AM
NAMA
PENSYARAH:
PUAN
ENDON BINTI CHE MAT
SESI:
DISEMBER
2014
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ILLAHI kerana
dengan limpah kurnia rahmat kurnia-Nya kami dapat “PERISTIWA 13 MEI 1969”.Walaupun sudah lama sejarah hitam
itu berlaku yang banyak meragut nyawa..Namun kesan,pengajaran dan faktornya
dapat kita ketahui. Hari ini kita melihat masyarakat di Malaysia hidup dalam
keadaan aman damai dari Utara Tanah Air hinggalah ke Selatan Tanah Air, dari
Pantai Barat Malaysia mengunjur ke Timur Malaysia. Walau bagaimanapun kita
mempunyai sejarah berdarah yang melibatkan 2 kaum uatama di Malaysia iaitu 13
Mei. 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pergaduhan antara 2 kaum utama Negara
iaitu kaum Melayu sebagai kaum yang telah bertuan di Tanah Melayu sejak
berkurun lamanya dan kaum Cina, kaum yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak
zaman kolonial British atas faktor buruh dan juga faktor perdagangan.E-folio yang
diberi oleh pensyarah kami PUAN ENDON BINTI CHE MAT,kepada kami dapat kami
siapkan dengan baik. Melalui
kekemasan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-setinggi
penghargaan kepada pensyarah bimbingan kami CHE ENDON kerana banyak memberi
tunjuk ajar kepada kami sehingga siapnya e-folio pengajian Malaysia ini.
Selain itu, penghargaan dan
terima kasih juga ditujukan kepada rakan ahli kumpulan yang banyak membantu
menyumbangkan idea yang bernas. Dan tidak lokek dalam menghabiskan masa dalam
menyiapkan e-folio ini tanpa mengira waktu dan tempat.
E-folio ini juga telah menjadi
salah satu daripada proses mengulang kaji pelajaran bagi saya dan saya berharap
pencapaian saya dalam mata pelajaran ini akan bertambah baik dan semoga kerja
kursus untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan pengajian Malaysia
mahasiswa-mahasiswi.
Akhir kata, sekali lagi ingin
saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang melibatkan diri dalam menyiapkan e-folio ini .Kami juga ingin
memohon maaf atas kesilapan-kesilapan yang telah kami lakukan semasa menyiapkan
e-folio ini
Sekian terima kasih.
PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan
satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi
dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang
telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan
salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan
peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa
tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak
merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi
peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat
Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras
umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan
suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang
dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk
mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
FAKTOR-FAKTOR
13 MEI 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada
zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina
2.
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris.
Dasar
penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza.
Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat
aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik.
Dalam
pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee
Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak
akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan
MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka
mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya
sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen
Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti
Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia
hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak
istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang melayu
PAP
telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak
kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada
keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi
dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Isu
bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa
13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula
tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai
bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah
mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu
. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa
Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan
telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir
bin Ismail.
KESAN
PERISTIWA 13 MEI 1969
Implikasi pertama Peristiwa 13
Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan
oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah
Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Apabila
berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan
dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera.
Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur
gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan
penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
telah ditubuhkan pada 17 Mei 1969 dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak
Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk
bertujuan diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan
masyarakat. Antara tugas-tugas utama MAGERAN adalah mengembalikan keamanan dan
undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan
suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.
MAGERAN telah mewujudkan Rukun
Negara sebagai ideologi kebangsaan
Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia
bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu
masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak
kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara
sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di
dalam Rukunegara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di
negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum
demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Berikutan jurang perbezaan sosio
ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya
Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan
jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian
kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan
mengurangkan perbezaan ekonomi,
sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
PENGAJARAN DARI PERISTIWA 13 MEI
1969
1) Jangan keterlaluan dan terlalu
emosi
~tidak perlu bersikap yang keterlaluan
dalam memperjuangkan ideology masing-masing sehingga mengikut emosi dan
amarah.otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan
akibat dari pada perbuatan kita.berfikirlah sedalamnya jika berada dalam
kawalan amarah,sebelum kita bertindak.sikap sebegini hanya merugikan diri
sendiri ,malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga
2) Terima kekangan atau kemenangan
dengan bersederhana
~semua pihak seharusnya menerima
kemenangan@kekalahan dengan cara yang bersederhana.tindakan provokasi daripada
satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang
tidak diingini.oleh itu,tak kira sama ada kita kalah@menang,konsep
kesederhanaan perlulah dititik beratkan.jika difikir dengan otak yang
waras,tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan
lebih bijak
3) Betapa pentingnya kesatuan
~satu perkara yang tak dapat nak
dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu.napak benar sekarang ini
kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan
peribadi sahaja.kesatuan dikemudian kan.mungkin kita dah lupa pada kisah
seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu,dengan hanya
menggunakan lidi,ingat jangan sampai tanah tergadai,baru nak bersilat berpencak
4) kepelbagaian budaya dan nilai
hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum
-di Negara ini telah menjadikan
Negara ini unik.keunikan ini perlu diperlihara untuk tatapan generasi akan
datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada Negara luar.
RUMUSAN
Peristiwa
13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang
lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun
begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh
manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan
diuji. Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang
kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah
dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya
konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa
perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai. Prasangka,
perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan
integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada
tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam
konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap
sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta
tidak dipedulikan. Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh
dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita
berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana
kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok
etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan
kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan
kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat
Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita
menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan
sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri
dengan sikap kaum-kaum yang lain.
PAUTAN
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
/
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon
yang menjadi sasaran rusuhan.
RUJUKAN.
INTERNET.
BUKU.
1) SEJARAH MALAYSIA 1400-1969
(HAIRUL ANUAR BIN HAJIMAK DIN)
2) SEJARAH KENEGARAAN DAN POLITIK(ABDUL
RAHMAN HAJI ISMAIL)
3 )13 Mei SEBELUM DAN
SELEPAS(ABDUL RAHMAN)